Sungguh mengerikan apabila melihat foto-foto kejadian tsunami di Jepun ini. Tanpa menunjukkan sebarang petanda, tiba-tiba datang satu ombak yang telah memusnahkan negara yang maju ini walaupun negara ini dikatakan mempunyai kawalan keselamatan yang canggih yang dapat mengesan tanda-tanda tsunami dan gempa bumi.
Angka korban gempa bumi dan tsunami di Jepun ini dikatakan telah mencecah melebihi 10,000 orang dan jumlah sebenar yang terkorban masih belum dapat dipastikan. Kedasyatan gempa bumi dengan gegaran 8.9 skala ritcher ini telah membawa tsunami yang amat dasyat kepada negara matahari terbit ini. segala kecanggihan teknologi di negara itu tidak akan mampu menghalangnya daripada berlaku. Ingatlah semua bahawa bala yang menimpa adalah tanda kemurkaanNya. Jadikan perkara ini sebagai iktibar. Renung-renungkanlah...
Oleh itu, sama-samalah kita berdoa agar negara kita selamat dari sebarang bala bencana yang dasyat ini. amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan